Wednesday 15 July 2015

Pantun Berkait (Bekerja)


      
Perahu layar mudik ke pengkalan;
Sampai pengkalan, memunggah barang,
Wahai rakan, handai dan taulan,
Bangkit segera kita berjuang.


Sampai ke pangkalan memunggah barang,

Barang habis dibawa ke rumah;
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan lemah.



Barang habis dibawa ke rumah,

Tiada satu tinggal di perahu;
Hapuskan semangat culas dna lemah'
Semua kerja mestilah tahu.



Tiada satu tinggal di perahu,

Tidaklah bimbang barangkan hilang;
Semua kerja mestilah mestilah tahu,
Bajak, cangkul, tebas dan tebang.




Tidaklah bimbang barangkan hilang,

Semuanya ada dalam selamat;
Bajak, cangkul, tebas dan tebang.
Semuanya dikerja dengan cermat.



Semuanya ada dalam selamat,

Boleh disimpan turun-temurun;
Dapat dikerjakan dengan cermat,
Kerja yang berat tidaklah gerun.



Boleh disimpan turun-temurun,

Itulah tanda barang yang berharga,
Kerja yang berat tidaklah gerun,
Semuanya siap hati pun lega.



Itulah atanda barang yang berharga,

Payah dicari susah mendapat;
Semuanya siap hati pun lega,
Tiadalah tinggal terbuang penat.



Maksud Rangkap:
Rangkap 1: Penulis menyeru sahabatnya agar segera melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Rangkap 2: Kita diarahkan supaya mengikis sikap malas.
Rangkap 3: Semua pekerjaan dapat dilakukan apabila tiada sikap malas.
Rangkap 4: Kita perlu menguasai bidan tugas masing-masing.
Rangkap 5: Setiap pekerjaan dilakukan dengan teliti.
Rangkap 6: Sikap berhati-hati dalam pekerjaan membolehkan seseorang dapat menghadapi kerja-kerja yang sukar.
Rangkap 7: Kegembiraan dan kepuasan akan tergambar setelah kerja-kerja berat disiapkan. Rangkap 8: Penat lelah selama ini tidak terasa apabila pekerjaan berhasil.

Tema
Tema pantun ini ialah semangat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Persoalan
(a)Penulis meyeru sahabatny agar segera melaksanakan tugas.
(b)Kepentingan membuang sikap malas dan lemah semangat.
(c)Kemampuan melaksanakan pelbagai tugasan kerja.
(d)Ketelitian dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(e)Kepuasan kerana berjaya menyelesaikankerja-kerja berat.
(f)Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil.
Bentuk
(a)Bentuknya terikat.
(b)Terdiri daripada lapan rangkap.
(c)Berisi empat baris serangkap.
(d)Ada pembayang dan maksudnya.
(e)Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.
(f)Terdiri daripada sepuluh hingga sebelas suku kata sebaris.
(g)Setiap rangkap pantun mempunyai baris yang berkait.
(h)Rima khir abab.
Gaya Bahasa
(a)Repetisi (pengulangan kata, ungkapan baris atau rangkap).
Contohnya:
            Sampai di pangkalan,memunggah barang. (baris 2, rangkap 1, dan baris 1, rangkap 2).
(b)Inversi (ayat songsang), Contohnya: Semuanya siap hati pun lega.
Nilai
(a)Kegigihan. Contohnya, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan membuahkan hasil yang menguntungkan.
(b)Kerajinan. Contohnya, sikap malas perlu dibuang dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(c)Berhati-hati. Contohnya, jika kita berhati-hati, maka kerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.
(d)Kesyukuran. Contohnya, hati akan berasa lega dan tenang sekiranya kerja yang sukar dapat dilunaskan dengan sebaik-baiknya.
Pengajaran
(a)Kita perlulah memiliki semangat juang yang tinggi.
(b)Kita perlulah membuang sikpa malas dan lemah semangat.
(c)Kita perlulah memiliki pelbagai kemahiran dalam pekerjaan.
(d)Kita perlulah berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(e)Kita perlulah bekerja bersungguh-sungguh kerana penat lelah akhirnya akan terbalas juga.

1 comment:

  1. Blackjack Bonus Code - JRM Hub
    JAVYFREE is a 영주 출장마사지 new and improved 광주 출장안마 casino 전라남도 출장마사지 online that offers players new ways to play the casino game on 순천 출장마사지 your iPhone or 김천 출장샵 iPad and keeps track of your

    ReplyDelete