Wednesday 15 July 2015

Pantun Berkait (Bekerja)


      
Perahu layar mudik ke pengkalan;
Sampai pengkalan, memunggah barang,
Wahai rakan, handai dan taulan,
Bangkit segera kita berjuang.


Sampai ke pangkalan memunggah barang,

Barang habis dibawa ke rumah;
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan lemah.



Barang habis dibawa ke rumah,

Tiada satu tinggal di perahu;
Hapuskan semangat culas dna lemah'
Semua kerja mestilah tahu.



Tiada satu tinggal di perahu,

Tidaklah bimbang barangkan hilang;
Semua kerja mestilah mestilah tahu,
Bajak, cangkul, tebas dan tebang.




Tidaklah bimbang barangkan hilang,

Semuanya ada dalam selamat;
Bajak, cangkul, tebas dan tebang.
Semuanya dikerja dengan cermat.



Semuanya ada dalam selamat,

Boleh disimpan turun-temurun;
Dapat dikerjakan dengan cermat,
Kerja yang berat tidaklah gerun.



Boleh disimpan turun-temurun,

Itulah tanda barang yang berharga,
Kerja yang berat tidaklah gerun,
Semuanya siap hati pun lega.



Itulah atanda barang yang berharga,

Payah dicari susah mendapat;
Semuanya siap hati pun lega,
Tiadalah tinggal terbuang penat.



Maksud Rangkap:
Rangkap 1: Penulis menyeru sahabatnya agar segera melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Rangkap 2: Kita diarahkan supaya mengikis sikap malas.
Rangkap 3: Semua pekerjaan dapat dilakukan apabila tiada sikap malas.
Rangkap 4: Kita perlu menguasai bidan tugas masing-masing.
Rangkap 5: Setiap pekerjaan dilakukan dengan teliti.
Rangkap 6: Sikap berhati-hati dalam pekerjaan membolehkan seseorang dapat menghadapi kerja-kerja yang sukar.
Rangkap 7: Kegembiraan dan kepuasan akan tergambar setelah kerja-kerja berat disiapkan. Rangkap 8: Penat lelah selama ini tidak terasa apabila pekerjaan berhasil.

Tema
Tema pantun ini ialah semangat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Persoalan
(a)Penulis meyeru sahabatny agar segera melaksanakan tugas.
(b)Kepentingan membuang sikap malas dan lemah semangat.
(c)Kemampuan melaksanakan pelbagai tugasan kerja.
(d)Ketelitian dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(e)Kepuasan kerana berjaya menyelesaikankerja-kerja berat.
(f)Kegigihan berusaha dapat membuahkan hasil.
Bentuk
(a)Bentuknya terikat.
(b)Terdiri daripada lapan rangkap.
(c)Berisi empat baris serangkap.
(d)Ada pembayang dan maksudnya.
(e)Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.
(f)Terdiri daripada sepuluh hingga sebelas suku kata sebaris.
(g)Setiap rangkap pantun mempunyai baris yang berkait.
(h)Rima khir abab.
Gaya Bahasa
(a)Repetisi (pengulangan kata, ungkapan baris atau rangkap).
Contohnya:
            Sampai di pangkalan,memunggah barang. (baris 2, rangkap 1, dan baris 1, rangkap 2).
(b)Inversi (ayat songsang), Contohnya: Semuanya siap hati pun lega.
Nilai
(a)Kegigihan. Contohnya, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan membuahkan hasil yang menguntungkan.
(b)Kerajinan. Contohnya, sikap malas perlu dibuang dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(c)Berhati-hati. Contohnya, jika kita berhati-hati, maka kerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.
(d)Kesyukuran. Contohnya, hati akan berasa lega dan tenang sekiranya kerja yang sukar dapat dilunaskan dengan sebaik-baiknya.
Pengajaran
(a)Kita perlulah memiliki semangat juang yang tinggi.
(b)Kita perlulah membuang sikpa malas dan lemah semangat.
(c)Kita perlulah memiliki pelbagai kemahiran dalam pekerjaan.
(d)Kita perlulah berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(e)Kita perlulah bekerja bersungguh-sungguh kerana penat lelah akhirnya akan terbalas juga.

Sunday 12 July 2015

Pantun Nasihat(Bersatu Hati)

Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang;
Jikalau semua bersatu ahti,
Kerja yang payah menjadi senang.

Melangsir keris pusaka hikmat,
Keris sejarah sejak bahari;
Kalau gadis ingin selamat,
Jangan murah menjual diri.

Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melatibunga pandan;
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

 Nyiur muda dibuat pengat,
 Mari dimakan bulan puasa;
 Wahai pemuda hendaklah ingat,
 Kerana mulut badan binasa.

 Orang berkelah di Tanjung Rhu,
 Sambil memanggang si ikan sepat;
 Hendaklah banyak menghadap guru,
 Supaya terang jalan makrifat.

 Rendang sungguh pohon ara,
 Tumbuh subur tepi telaga;
 Tidak salah berkenal mesra,
 Tatasusila perlu dijaga. 

Maksud Rangkap:
Rangkap 1: Bekerjasama perlu diamalkan agar pekerjaan yang susah akan menjadi senang.
Rangkap 2:Seorang gadis perlulah menjaga maruah diri supayaterselamat daripada perkara yang tidak         baik.
Rangkap 3:Mengikut tuntutan hawa nafsu akan merosakkantubuh sendiri.
Rangkap 4:Percakapan yang tidak dijaga akhirnya akanmembawa bencana kepada diri seseorang.
Rangkap 5:Seseorang murid itu hendaklah rajin berdampingdengan gurunya supaya apa-apa yang dipelajari akan lebihmudah difahami .
Rangkap 6: Kita digalakkan berkenal-kenalan antara satu samalain namun batas-batas pergaulan perlulah dijaga
Tema
Tema pantun ini ialah nasihat yang dijadikan sebagai panduanuntuk membina diri seseorang ke arah kebaikan dankesejahteraan hidup.
Persoalan
a) Pemupukan semangat bekerjasama antara anggotamasyarakat.
b) Tanggungjawab untuk menjaga tatasusila dan maruahdiri.
c) Bersikap rasional dan tidak mengikut hawa nafsu.
d) Kepentingan manjaga percakapan atau tutur kata.
e) Keutama menuntut ilmu dengan cara yang betul.
f) Adab dalam pergaulan.
Bentuk
a) Bentuknya terikat.
b) Terdiri daripada enam rangkap.
c) Berisi empat baris serangkap.
d) Ada pembayang dan maksudnya.
e) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.
f) Terdiri daripada lapan hingga sebelas suku kata sebaris.
g) Rima akhir rangkap pertama hinggakelima:abab,rangkap keenam:aaaa.
Gaya Bahasa
a) Responsi(perulangan perkataan yang sama di tangahayat)
Contohnya:
Gunung Tahan sama didaki,
Sungai Pahang sama direnang;
Menanam bunga di dalam pasu,
Bunga melatibunga pandan;
b) Imej alamContohnya:gunung,sungai,nyiur,tanjung,pohonara,telaga.
c) Peribahasa.Contohnyakerana mulut badan binasa.
d) RepetasiContohnyaBunga melatibunga pandan.
Nilai
a) RasionalContohnyasikap rasional perlu diamalkandalam diri setiap orang agar tidak tersilap dalammembuat sebarang keputusan.
b) PerwaspadaContohnyasikap berwaspada dalamperlakuan dan pertuturan dapat menghindarkan diridaripada perkara negative.
c) BekerjasamaContohnyaamalan bekerjasamamembolehkan pekerjaan yang susah menjadi mudah.
d) Bersopan santunContohnyasikap bersopan santunperlu diamalkan terutamanya dalam pergaulan.
e) Bijak menjaga diriContohnyaanak gadis hendaklahpandai menjaga diri mereka agar tidak terjebak dalamperkara yang tidak baik.
Pengajaran
a) Kita hendaklah bekerjasama dalam melakukan sesuatupekerjaan.
b) Kita perlulah bijak dalam menjaga maruah diri.
c) Kita hendaklah bersikap rasional dan tidak mengikuthawa nafsu.
d) Kita perlulah berwaspada ketika berbicara.
e) Kita hendaklah berguru ketika menuntut ilmu supayatidak terpesong.
f) Kita hendaklah sentiasa menjaga adab dan tingkahlaku.










Thursday 9 July 2015

Pengenalan

Puisi Melayu
1. Puisi ialah suatu bentuk tulisan atau pengucapan yang berirama yang dilahirkan            melalui tanggapan yang penuh imaginative daripada seseorang penulis atau penyair.
2. Puisi yang harus diajarkan ialah puisi tradisional,yakni pantun dan syair serta puisi      moden,yakni sajak.

Puisi
Puisi Traditional
• Pantun
• Syair
Puisi Moden
• Sajak

Pantun merupakan sejenis puisi tradisional yang dianggap paling popular.
Serangkap pantun atau seuntai terdiri daripada dua bahagian.
Dua kerat yang pertamayakni baris pertama dan kedua disebut pembayang maksud atausampiran.
Dua kerat yang akhiryakni baris ketiga dan keempat merupakan maksud pantun.
Bahagian pembayang maksud atau sampiran biasanya berisi ibarat atau misalan yang membayangkan apa-apa yang dikemukakan dalam bahagian maksud pantun.
Bahagian maksud pula mengandungi isi sebenarnya yang hendak disampaikan.
Bunyi suku kata di hujung baris pantun mesti sengkelang.
Persamaan bunyi atau rima pada suku kata di hujung baris pertama dipadankan dengan suku kata di hujung baris ketiga.
Persamaan bunyi atau rima pada suku kata di hujung baris kedua pula dipadankan dengan sukukata di hujung baris keempat.
Rima akhir pantun ialah abab(rima sengkelang).
Tiap-tiap baris dalam serangkap pantun yang baik harus mempunyai 
lapan hingga dua belassuku kata.