Perahu layar
mudik ke pengkalan;
Sampai pengkalan, memunggah barang,
Wahai rakan, handai dan taulan,
Bangkit segera kita berjuang.
Sampai ke pangkalan memunggah barang,
Barang habis dibawa ke rumah;
Bangkit segera kita berjuang,
Hapuskan semangat culas dan lemah.
Barang habis dibawa ke rumah,
Tiada satu tinggal di perahu;
Hapuskan semangat culas dna lemah'
Semua kerja mestilah tahu.
Tiada satu tinggal di perahu,
Tidaklah bimbang barangkan hilang;
Semua kerja mestilah mestilah tahu,
Bajak, cangkul, tebas dan tebang.
Tidaklah bimbang barangkan hilang,
Semuanya ada dalam selamat;
Bajak, cangkul, tebas dan tebang.
Semuanya dikerja dengan cermat.
Semuanya ada dalam selamat,
Boleh disimpan turun-temurun;
Dapat dikerjakan dengan cermat,
Kerja yang berat tidaklah gerun.
Boleh disimpan turun-temurun,
Itulah tanda barang yang berharga,
Kerja yang berat tidaklah gerun,
Semuanya siap hati pun lega.
Itulah atanda barang yang berharga,
Payah dicari susah mendapat;
Semuanya siap hati pun lega,
Tiadalah tinggal terbuang penat.
Maksud Rangkap:
Rangkap 1: Penulis menyeru sahabatnya agar segera
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Rangkap 2: Kita diarahkan supaya mengikis sikap
malas.
Rangkap 3: Semua pekerjaan dapat dilakukan apabila
tiada sikap malas.
Rangkap 4: Kita perlu menguasai bidan tugas
masing-masing.
Rangkap 5: Setiap pekerjaan dilakukan dengan teliti.
Rangkap 6: Sikap berhati-hati dalam pekerjaan
membolehkan seseorang dapat menghadapi kerja-kerja yang sukar.
Rangkap 7: Kegembiraan dan kepuasan akan tergambar
setelah kerja-kerja berat disiapkan. Rangkap 8: Penat lelah selama ini tidak
terasa apabila pekerjaan berhasil.
Tema
Tema pantun ini ialah semangat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Persoalan
(a)Penulis
meyeru sahabatny agar segera melaksanakan tugas.
(b)Kepentingan
membuang sikap malas dan lemah semangat.
(c)Kemampuan
melaksanakan pelbagai tugasan kerja.
(d)Ketelitian
dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(e)Kepuasan
kerana berjaya menyelesaikankerja-kerja berat.
(f)Kegigihan
berusaha dapat membuahkan hasil.
Bentuk
(a)Bentuknya
terikat.
(b)Terdiri
daripada lapan rangkap.
(c)Berisi
empat baris serangkap.
(d)Ada
pembayang dan maksudnya.
(e)Bilangan
katanya tiga hingga lima patah kata sebaris.
(f)Terdiri
daripada sepuluh hingga sebelas suku kata sebaris.
(g)Setiap
rangkap pantun mempunyai baris yang berkait.
(h)Rima
khir abab.
Gaya Bahasa
(a)Repetisi
(pengulangan kata, ungkapan baris atau rangkap).
Contohnya:
Sampai di pangkalan,memunggah barang.
(baris 2, rangkap 1, dan baris 1, rangkap 2).
(b)Inversi
(ayat songsang), Contohnya: Semuanya
siap hati pun lega.
Nilai
(a)Kegigihan.
Contohnya, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan gigih akan membuahkan hasil
yang menguntungkan.
(b)Kerajinan.
Contohnya, sikap malas perlu dibuang dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(c)Berhati-hati.
Contohnya, jika kita berhati-hati, maka kerja yang sukar dapat dilaksanakan
dengan lebih mudah.
(d)Kesyukuran.
Contohnya, hati akan berasa lega dan tenang sekiranya kerja yang sukar dapat
dilunaskan dengan sebaik-baiknya.
Pengajaran
(a)Kita
perlulah memiliki semangat juang yang tinggi.
(b)Kita
perlulah membuang sikpa malas dan lemah semangat.
(c)Kita
perlulah memiliki pelbagai kemahiran dalam pekerjaan.
(d)Kita
perlulah berhati-hati dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
(e)Kita
perlulah bekerja bersungguh-sungguh kerana penat lelah akhirnya akan terbalas
juga.